Thursday

Sejarah (Kertas 3) tingkatan 4



 Exam time form 4(2013), keluar soalan cmni dlm paper 3 Sejarah, grrrr thank God, Full mark dapat untuk jawapan cmni, Alhamdulillah, kalau nak point2 ni cuba la, mana nak tau rezeki dapat full mark, hehe :D


KESAN-KESAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

  Dari segi politik, banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah. Wakil kuasa Eropah ini terdiri daripada syarikat berpiagam yang telah diwujudkan di Belanda, Great Britain, Perancis, dan juga Denmark. Antara syarikat-syarikat berpiagam yang berjaya termasuklah Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC), dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC).Syarikat-syarikat berpiagam ini telah berdagang dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.  Namun begitu, peranan syarikat berpiagam yang ditubuhkan di Perancis dan Denmark tidak begitu terserlah seperti peranan VOC dan EIC.

Dari segi ekonomi  pula, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.  Pusat emporium dunia (Goa & Melaka) telah dikuasai oleh Portugal. Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah. Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dahulunya dikuasai oleh pedagang Islam Arab, kini, telah dikuasai oleh Portugal. Malah laluan yang dikuasai itu bukan sahaja meliputi jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan Hindi tetapi juga di Laut China Selatan, iaitu di China dan Jepun.

Dari segi sosial pula, masyarakat tempatan telah mudah terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah, malah di banyak daerah, masyarakat peribumi telah juga menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian. Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia baru dan Asia. Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec, dan menakluk Peru dengan menghapukan tamadun Inca.  Tambahan pula penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah tersebut.

No comments:

Post a Comment