Thursday

Kertas 3 Sejarah (tingkatan 4)



Jawapan untuk Kertas 3 sejarah (Tingkatan 4)


FAKTOR-FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN



   Faktor dari segi ekonomi, adalah keperluan sumber ekonomi. Sebagai contohnya, orang Eropah memerlukan barangan dari Timur seperti barang mewah,rempah ratus untuk mengawet daging pada musim dingin dan sebagai ubat-ubatan.Pada abad ke-15,Itali menguasai perdagangan dengan Timur iaitu dengan jual bahan mentah pada harga yang tinggi-meraih keuntungan yang besar.
Faktor yang kedua adalah perkembangan kapitalisme dan mekatilisme. Sebagai contohnya,  Sistem ekonomi kapitalisme menggalakkan kegiatan mengumpul modal,hak milik persendirian, dan mekantilisme. Perkembangan ini mendorong kemunculan dasar ekonomi merkantilisme di Negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan,menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan.

   Faktor yang seterusnya adalah, memecah monopoli atau penguasaan perdagangan org Islam. Pasaran perdagangan orang Islam mula meluas semasa masyarakat Eropah masih hidup pada zaman gelap.Orang Islam menguasai dua jalan utama iaitu Timur Tengah dan Afrika Utara. Selain itu, faktor yang seterusnya adalah galakan daripada pemerintah. Menggalakkan dan menaja pelayaran ke seberang laut. Membina Akademi laut, memberkan hadiah dan gelaran kpd peneroka/pelayar yg menemui kawasan baru. Contoh :Putera Henry(Portugal) dan Raja John (Sepanyol)

  Faktor seterusnya adalah pengaruh Renaissance. Menggalakkan semangat inkuiri terutamanya yg berkaitan dgn dunia luar-mendorong org Eropah menjelajah dan meneroka.Cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah mula berubah.Mereka mula mempraktikkan ciri-ciri indvidualisme dan humanisme. Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi.

   Penyebaran Agama Kristian juga mendorong kepada faktor penjelajahan dan penerokaan.Golongan paderi dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian ke dunia luar. Para mubaligh dan saudagar eropah ingin meneroka tempat baru iaitu Amerika,Asia dan Afrika. Contoh:Portugal menakluki Melaka dan menyebarkan agama Kristian. Faktor yang seterusnya adalah  kemajuan Teknologi Pelayaran. Maklumat baru tentang geografi dari buku The Travels of Marco Polo.Penciptaan peralatan spt kompas magnetic (utk tunjuk arah)dan astrolabe (utk tentukan longitud).Peta yg lengkap tentang Benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 memudahkan aktiviti pelayaran.Penemuan jalan laut utk memendekkan lagi tempoh pelayaran.

No comments:

Post a Comment