Jawapan untuk Kertas 3 sejarah (Tingkatan 4)
FAKTOR-FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
Faktor dari segi ekonomi, adalah keperluan sumber ekonomi.
Sebagai contohnya, orang Eropah memerlukan barangan dari Timur seperti barang
mewah,rempah ratus untuk mengawet daging pada musim dingin dan sebagai
ubat-ubatan.Pada abad ke-15,Itali menguasai perdagangan dengan Timur iaitu
dengan jual bahan mentah pada harga yang tinggi-meraih keuntungan yang besar.
Faktor yang kedua adalah perkembangan kapitalisme dan
mekatilisme. Sebagai contohnya, Sistem
ekonomi kapitalisme menggalakkan kegiatan mengumpul modal,hak milik
persendirian, dan mekantilisme. Perkembangan ini mendorong kemunculan dasar
ekonomi merkantilisme di Negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan
kekayaan,menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan.
Faktor yang seterusnya adalah, memecah monopoli atau
penguasaan perdagangan org Islam. Pasaran perdagangan orang Islam mula meluas
semasa masyarakat Eropah masih hidup pada zaman gelap.Orang Islam menguasai dua
jalan utama iaitu Timur Tengah dan Afrika Utara. Selain itu, faktor yang
seterusnya adalah galakan daripada pemerintah. Menggalakkan dan menaja
pelayaran ke seberang laut. Membina Akademi laut, memberkan hadiah dan gelaran
kpd peneroka/pelayar yg menemui kawasan baru. Contoh :Putera Henry(Portugal)
dan Raja John (Sepanyol)
Faktor seterusnya adalah pengaruh Renaissance. Menggalakkan
semangat inkuiri terutamanya yg berkaitan dgn dunia luar-mendorong org Eropah
menjelajah dan meneroka.Cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah mula berubah.Mereka
mula mempraktikkan ciri-ciri indvidualisme dan humanisme. Institusi gereja
tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah mula mementingkan kemajuan
sains dan teknologi.
Penyebaran Agama Kristian juga mendorong kepada faktor
penjelajahan dan penerokaan.Golongan paderi dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk
mengembangkan agama Kristian ke dunia luar. Para mubaligh dan saudagar eropah
ingin meneroka tempat baru iaitu Amerika,Asia dan Afrika. Contoh:Portugal
menakluki Melaka dan menyebarkan agama Kristian. Faktor yang seterusnya
adalah kemajuan Teknologi Pelayaran. Maklumat
baru tentang geografi dari buku The Travels of Marco Polo.Penciptaan peralatan
spt kompas magnetic (utk tunjuk arah)dan astrolabe (utk tentukan longitud).Peta
yg lengkap tentang Benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15
memudahkan aktiviti pelayaran.Penemuan jalan laut utk memendekkan lagi tempoh
pelayaran.
